Sunday 17 February 2019

Pemaaf Melunakkan Hati

Waktu pertama kali didedahkan dengan tajuk baru ni (KSSM/Akhlak/Pendidikan Islam tingkatan 3 ), banyak perkara yang saya fikir :


1. Mungkin murid akan boring sebab dah tahu maklumat ni.
2. Kalau salah pendekatan....boleh jadi mendatar saja (takda kefahaman mendalam/takda keinsafan).
3. Nak buat aktiviti apa ya?



.:: Standard Pembelajaran ::.





.:: Set Induksi ::.


Saya pilih dua jenis set induksi (sebab ajar 2 kelas). Pertama dalam bentuk video dan kedua berbentuk ayat pernyataan. Video yang saya pilih berkaitan dengan tema "kemarahan" seperti dalam link ni https://www.youtube.com/watch?v=d_5DU5opOFk

Percubaan pertama ni gagal sebab murid macam tak rasa apa2. Tapi waktu perbincangan set induksi berlangsung...ada satu statement yang trigger perasaan depa. Ayat dia macam kat bawah ni ;



Ditayang melalui Google Slide



Jadi untuk kelas ke-2, saya gunakan ayat ni sebagai set induksi. Yang penting, waktu bersoal jawab tu.....saya tambah cerita itu ini sampai murid2 rasa takut/berdebar/seram sejuk dan lain2 lagi lah. Perkara ni penting sebab dia akan memudahkan pembelajaran seterusnya. 

Saya ingat lagi waktu kami bincangkan statement ni....murid2 saya diam saja (selalunya depa banyak mulut).....mungkin depa tengah fikir salah yang depa buat dekat kawan2 lain....dan tak kurang juga yang dok salam sana sini dan mintak maaf...padahal saya belum lagi ajar tajuk ni ya....:)...Alhamdulillah...perasaan tu yang sebenarnya saya nak cungkil supaya pembelajaran hari tu lebih bermakna.

Untuk meraikan semua standard pembelajaran tajuk ni, saya mulakan terus dengan aktiviti 2 corner. Semua murid perlu menyenaraikan 5 adab memohon maaf dan memaafkan dalam masa 8 minit sahaja (atau lebih jika perlu/gunakan timer ok). Tuliskan idea masing2 dalam buku latihan. Masa ni memang meriah la kelas....tapi takpa..dah ada kolaborasi dan pemikiran kritikal. Masa ni murid2 diharamkan buka buku teks. Melatih murid2 saya untuk selalu jana idea sendiri dulu. 

Idea murid ditulis di dalam aplikasi "JAMBOARD"


Selesai 8 minit, murid mula kongsikan dapatan depa. Saya bertugas sebagai fasilitator saja. Macam2 idea menarik dan mengejutkan yang saya dapat waktu perbincangan ni. Contohnya adab memaafkan ;

1. Beri peluang untuk si peminta maaf menjelaskan segala2nya terlebih dahulu/dengar hingga selesai - kaitkan dengan kisah badwi yang kencing di dalam masjid dan cara rasululullah menguruskan isu ni.
2. Jangan marah melulu/kawal kemarahan - boleh kait video!
3. Memaafkan tanpa syarat - kisah pembukaan kota Mekah.
4. Tidak mengungkit lagi - doa nabi kepada penduduk Thaif.
5. Tidak menyimpan dendam.

Ok! Standard pembelajaran lain seperti menyatakan dalil dan kisah pemaaf rasulullah boleh diselit masuk ketika perbincangan/think-pair-share/talking chips ini sedang berlangsung (aktiviti PAK21). Waktu ini murid dah bebas untuk rujuk buku teks. Masa bercerita kisah nabi ni, murid agak teremosi la..sebab banyak jugak kisah sedih dan suka duka kan...:(

Selesai perbincangan ni semua...baru saya tanya...APA MAKSUD PEMAAF sebenarnya? Alhamdulillah...murid dan boleh jelaskan dengan baik, sebab depa dah faham berdasarkan pengalaman hidup dan perbincangan yang panjang lebar sebelum ni.


.:: Pengajaran/Refleksi ::.

Ini adalah part yang paling saya suka setiap kali penghujung pdpc...apa yang kamu belajar hari ini? dan selalu jugak la saya pesan dekat anak2 murid saya supaya tulis dengan jujur. Alhamdulillah..seronok juga bila baca luahan hati sorang2 (sebenarnya ada cara nak bagi depa ni bersungguh2 tulis pengajaran...nanti saya kongsikan).... tapi tak dinafikan...ada lagi yang tiru kawan sebelah...tapi takpa....disitu dia juga belajar sesuatu...:)

Kesimpulan saya pula adalah...saya menganjurkan murid saya supaya banyak beristighfar sebagai usaha memohon ampun kepada Allah (ini amat penting dan utama). Boleh diamalkan pada bila2 masa dan tempat mengikut kesesuaian...

.:: Touching ::.

Selepas tamat pdpc...ada beberapa murid yang datang dan bertanya pasal kesalahan depa yang lalu...dan macam mana depa boleh minta maaf...Terharu sangat time ni sebab pdpc hari ini nampaknya ada la kesan jugak dengan murid2 saya. Alhamdulillah...semoga semuanya dapat terus beristiqomah menjadi orang yang pemaaf dan memaafkan...

P/S : 1) Hati2 berkongsi kisah pemaaf Rasulullah. Contohnya cerita tentang nabi memberi makan kepada yahudi buta. Ia tidak mempunyai sumber yang sah. Anda boleh rujuk tentang perkara ni dari link berikut http://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-al-hadith/925-irsyad-al-hadith-siri-ke-173-kebenaran-kisah-nabi-saw-dan-yahudi-buta .
2 ) Buku teks juga ada mencadangkan beberapa aktiviti yang sesuai untuk dijalankan di dalam kelas, anda boleh mencubanya...dan kongsikan kejayaan anda kepada saya ya...:)

No comments:

Post a Comment