Sunday 17 February 2019

Ikhlas Cinta Nabi Ibrahim a.s

Ikhlas (Tiada maksud keduniaan dalam hal2 akhirat)
Cinta (Cinta hakiki hanya kepada Allah : tiada sepadan/setara dengan cinta kepada Allah)



Siapakah yang tidak kenal dengan Nabi Ibrahim a.s? Baginda merupakan seorang rasul Ulul 'Azmi yang banyak diduga dalam perjalanan dakwahnya. Pernah diuji dengan dibakar hidup-hidup, terpaksa meninggalkan anak dan isteri di padang pasir hinggalah diwahyukan untuk menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail. Dalam segala hal dan cabaran, Nabi Ibrahim memilih untuk terus taat kepada Allah s.w.t.

Korban Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail

Kisah ini sangat popular dan sinonim dengan ibadah korban pada setiap musim Haji. Namun pengajaran disebaliknya adalah hal yang paling penting untuk difahami dan diamalkan dalam kehidupan. 

Pada saat Nabi Ibrahim berjanji untuk tidak pernah lagi meninggalkan Nabi Ismail seperti pada waktu baginda masih kecil, Allah menduganya dengan wahyu untuk menyembelih Nabi Ismail. Bayangkan....anak yang amat disayangi....diperintahkan untuk ditamatkan nyawanya. Apakah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail mempersoalkannya? Tidak, bahkan baginda berdua melakukannya dengan sabar dan redho....


Cinta manakah yang paling besar? kepada anak atau Allah? Inilah pengajaran besar kepada kita. Perbuatan menyembelih Nabi Ismail itu adalah bukti cinta yang ikhlas dan hakiki. Nabi Ibrahim mengutamakan cinta kepada Allah dan menyisihkan cinta kepada dunia. Disaat cinta kepada dunia begitu meninggi, Allah memberi didikan kepada Nabi Ibrahim supaya baginda tidak lupa kepada Penciptanya...yang paling layak dicintai...dan tiada cinta yang setara bagi_Nya.

Begitulah saat kita melakukan ibadah korban. Allah tidak melihat kepada haiwan yang dikorbankan itu, tetapi Allah melihat sejauh mana kita berusaha untuk melaksanakannya. Seringkali ada sebilangan umat Islam terlalu berkira untuk melaksanakan ibadah ini dan tidak kurang juga sengaja mencari sembelihan yang murah di luar negara. Apakah asal melakukan sahaja? dan setahap mana pengorbanan yang ingin dipersembahkan?

Sesungguhnya...apabila kita melaksanakan korban itu...dan apabila haiwan itu disembelih...sebenarnya kita sedang menyembelih cinta dunia dan meninggalkan hanya cinta Allah di dalam hati. 

"Daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya." (surah Al Hajj ayat 37).

Sebagai guru, apakah pengorbanan yang selayaknya dapat kita laksanakan kepada anak bangsa. Adakah dengan mengorbankan sebahagian masa dengan keluarga untuk mereka atau berhabis duit untuk mengadakah keperluan pengajaran?. Fikir-fikirkan! Menurut saya, sebagai guru....saya perlu terus berkorban untuk mendalami pelbagai cabang ilmu...supaya kita dapat mendidik anak bangsa dengan penuh kepakaran supaya mereka dapat mengenal Allah dengan betul dan menjadi mukmin yang bermanfaat.

#JomBerkorban

No comments:

Post a Comment