Wednesday 8 January 2020

Catatan Naratif Baharu Amalan Pendidikan

Catatan Naratif Baharu Amalan Pendidikan oleh YBhg. Datuk Dr. Amin bin Senin (Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia : 2017 - 2019)

Berikut adalah catatan/nota saya pada sesi penerangan Naratif Baharu Amalan Pendidikan sempena sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan tahun 2019 di SPICE, Pulau Pinang.

Jika ada sebarang kekurangan, mohonlah diperbetulkan ya. Terima Kasih.



 Naratif Baharu Amalan Pendidikan

15 Mei 2019 / Rabu / 10.00 - 12.00 @ SPICE P.P
YBhg. Datuk Dr Amin bin Senin
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Mengapa Naratif (Story Board)
  • Isu utama adalah PERLAKSANAAN contohnya PBS.
  • Amalan guru di bilik darjah amat penting dan ia dipengaruhi naratif yang dipegang oleh guru dan masyarakat (orientasi peperiksaan). Ia menjadi halangan kepada perkembangan pendidikan yang baik.
  • Ia mempengaruhi cara berfikir, amalan dan tindakan ; perlu diberhentikan.
  • KPPM telah mula menghapuskan GPS sekolah untuk menyelesaikan isu ini sejak 2017 dan memulakan naratif baharu dalam pendidikan (Pendidikan berteraskan nilai).

Merangkai Titik-titik (Connecting The Dots)
  • Banyak amalan baik yang dilaksanakan di sekolah dilakukan secara berasingan contohnya KBAT, nilai dan lain-lain lagi sehingga wujudnya jawatankuasa yang pelbagai : sedangkan ia perlu disatukan untuk kemenjadian murid.
  • Setiap dasar yang dilaksanakan tidak akan berjaya jika tiada perubahan di dalam kelas/pdp.

Kualiti Sekolah dan Kemenjadian Murid
  • PPPM : Dua perkara penting : pastikan apa yang dilaksanakan dapat meningkatkan kualiti sekolah dan kemenjadian murid.
  • Kemenjadian murid adalah indikator kepada kejayaan pendidikan : hanya akan berlaku jika guru berkualiti.
  • Guru perlu bergerak “Extra Miles” & Semangat Guru.
  • Soalan : Sylibus KSSM berat dan tidak sempat dihayati oleh murid : Jawapan : Kurikulum disusun oleh BPK mengikut tahap minima dan kesesuian masa, guru perlu menilai bagaimana kurikulum ini digunakan (unpack the curriculum) dan guru akan mendapat “the big idea”. Guru tidak semestinya mengikut struktur yang telah diperkenalkan, namun mengikut kesesuaian murid yang diajar.

Why
  • Amalan Pendidikan perlu diletakkan dalam perspektif yang betul.
  • Perlu ada satu kerangka berfikir untuk merangkai titik-titik : halangannya adalah amalan peperiksaan.
  • Exam oriented kepada GROWTH oriented : kita melihat murid secara individu untuk dikembangkan.
  • GROWTH ORIENTED (orientasi pertumbuhan) : tindakan - GPS bukan lagi satu kepentingan dan peperiksaan diletakkan pada hujung/akhir tahun pembelajaran : Hanya dua peperiksaan yang dibenarkan iaitu UPSR dan SPM.
  • Soalan : apakah indikator untuk mengukur perkembangan : Jawapan : Dua instrumen yang digunakan (kualiti sekolah berdasarkan SKPM dan PBS). PBS ada kekurangan namun ia mempunyai prinsip yang jelas untuk mengukur kemenjadian murid (holistic education) : guru telah melaksanakannya namun KPPM hanya ingin memberi semangat baru.
  • PBS - PBD (the heart) kurang diambil perhatian : kini telah dikembalikan dan diperbaiki.
  • Soalan : adakah PBS telah memberi kesan kepada kemenjadian murid : Jawapan : ??.
  • Soalan : mengapa terdapat sekolah di Labuan berani melaksanakan tiada peperiksaan pada tahap 1 : Jawapan : mereka berjaya memberi satu alternatif dan meyakinkan ibu bapa bahawa tindakan tersebut adalah betul - kemenjadian murid.
  • Demand parents - menyebabkan peperiksaan diangkat berbanding kemenjadian murid : oleh itu sistem sekolah perlu memberi keyakinan bahawa PBS ini boleh dan berjaya membentuk murid yang baik/menjadi.
  • Buktikan bahawa PBS berjaya dengan pelaporan yang jauh lebih baik daripada peperiksaan.
  • Soalan : kemasukan UPU 90% 10% : Jawapan : KPPM bersetuju dengan isu ini, namun tindakan pertama perlu dimulakan terutamnya ketika murid-murid di sekolah rendah : perlukan masa untuk mengubah satu pusingan sistem yang bermasalah.

(Naratif 2) Pembangunan Kapasiti Guru
  • Soalan : adakah guru bersedia (ilmu dan kemahiran) untuk melaksanakan PBD : Jawapan : rujuk naratif “PEMBANGUNAN KAPASITI GURU - kendiri kepada sokongan profesional” - guru memerlukan sistem sokongan profesional (SIP+,SISC+, ELIT & PLC) untuk menterjemah PBD - pada akhirnya guru ingin kembali kepada peperiksaan kerana ia adalah penilaian yang paling mudah berbanding PBD : guru perlu menjadi AVENGERS untuk membuat transformasi.

(Naratif 1) Perubahan Pedagogi
  • Bermula di bilik darjah dan merupakan indikator kepada kejayaan kurikulum.
  • Murid adalah teras perubahan : kesedaran perlu bermula dengan orang yang belajar.
  • Soalan : adakah perancangan BRM kita berasaskan kepada MURID BELAJAR? : Jawapan : fungsinya adalah untuk kerja buat guru, bukan kepada pentadbiran!, kita perlukan mengembalikan autonomi bahawa murid adalah asas kepada perancangan BRM : STUDENT CENTERED bukan TEACHER CENTERED.
  • Soalan : penganggu pdp guru kerana KPPM banyak ber”MOU” dengan kementerian lain hingga banyak perkara baharu diperkenalkan di sekolah/kepada murid : Jawapan : KPPM akan melakukan yang terbaik untuk memastikan bahawa MMI dapat diperkukuhkan : KPPM mencadangkan supaya ada kajian untuk menunjukkan dimana kebocoran MMI supaya perkara tersebut dapat diperbaiki.
  • Perubahan yang perlu dilakukan adalah mengubah cara guru mengajar : guru perlu menguasai kemahiran PA21 dan lain-lain.
  • Perkongsian guru berkaitan isu penganggu pdp : rujuk semula FPK yang berhasrat untuk melahirkan yang berkemahiran tinggi, jadi ia bukan penganggu tetapi penyokong kepada kemenjadian murid. Sokongan KPPM : MOU dengan KKM adalah untuk mengurangkan masalah obesiti dalam kalangan murid dan memperkenalkan gaya hidup sihat.
  • Soalan moderator : apa pandangan KPPM terhadap ada dua golongan guru yang berpendapat bahawa (guru terbeban dengan pelbagai tugas / dan ada guru yang menganggap ia penting untuk kemenjadian murid) : Jawapan : guru perlu kembali kepada isu pokok, bagaimana kita boleh mengoptimumkan MMI secara konsisten dan berterusan.
  • Soalan : tiada golongan guru yang mempunyai kekuatan untuk membawa idea ini (naratif) di peringkat guru dan komuniti secara profesional (ilmu dan kemahiran) : Jawapan : sebenarnya naratif ini telah dilaksanakan oleh guru namun perlu penekanan kepada amalan yang betul. Guru perlu melaksanakan sebaik mungkin dan memperbaiki sebarang kekurangan : adakan wacana pengamalan bukan semata-mata ilmu.

(Naratif 3) Pengurusan Pendidikan
  • Pengurusan perlu berubah untuk menyokong perubahan guru dan murid.
  • Berikan kepercayaan kepada sekolah untuk mengenalpasti masalah dan menyelesaikannya sendiri (Bottom Up).
  • SKPM perlu digunakan secara profesional dan mengikut keperluan sekolah itu sendiri.
  • Soalan : kurikulum sangat murni, namun kekurangan guru/kewangan di sekolah menyebabkan perkara ini tidak tidak dapat dijayakan : Jawapan : pengurusan dan para guru perlu terlebih dahulu akur dengan naratif yang telah diperkenalkan mengikut kemampuan dan keupayaan : kekurangan dari sudut kewangan dan lain-lain akan diatasi dari semasa ke semasa.
  • Connecting the dots : pastikan merangkai unit yang betul terlebih dahulu contohnya pengetua/guru besar (mempunyai pengaruh penting) : ibu bapa adalah unit yang terkemudian : perubahan yang berlaku akan memberi kesan langsung kepada ibu bapa.
  • Soalan : terdapat sekatan kepada guru yang ingin terlibat dengan pembentangan kajian dan inovasi : Jawapan : KKPM bersetuju supaya guru meningkatkan profesionalisma dengan kajian dan onovasi.
  • Soalan : amalan lama masih belum berjaya menyatupadukan kaum di Malaysia. : Jawapan : KPPM : naratif baharu berfungsi mengikat amalan lama dan baru ke arah kerja buat yang lebih baik : sila fokus kepada amalan naratif baharu.
  • Soalan : pandangan KPPM berkaitan guru berjiwa pendidik untuk mengangkat profesionalisma guru : Jawapan : Guru tersebut perlu memiliki matlamat yang jelas : memiliki 3 ciri :
  1. Percaya misi dan tanggungjawab moralnya adalah untuk mengangkat martabat dan harga diri murid - adakah guru selesa jika terdapat murid yang tidak boeh membaca walaupun sudah 6 tahun bersekolah.
  2. Percaya dengan bersungguh-sungguh bahawa setiap murid berpontensi untuk berkembang (tidak mengira kaum, bangsa dan agama).
  3. Percaya bahawa anak didiknya boleh dididik (hanya perlu masa sahaja).
  • Guru berjiwa pendidik tidak akan memilih sekolah, murid atau negeri tetapi guru ini mempunyai penuh rasa tanggungjawab.
  • Soalan : 2 soalan : bagaimana menghidupkan PLC di sekolah - mencadangkan supaya ada perkongsian-perkongsian inovasi/kajian dilaksanakan di peringkat rendah (tidak semestinya pertandingan) untuk membangunkan kapasiti guru / SKPMg2 masih sukar difahami dan diterjemahkan - mencadangkan dilaksanakan wacana amalan SKPMg2 : Jawapan : sudah ada klinik amalan SKPMg2.

Penutup
  • Soalan : Apakah seterusnya ? : Jawapan : mulakan perubahan dengan bidang pengaruh kita : kita perlu meraikan keunikan individu murid dan sekolah : naratif hanya sebagai asas kepada amalan pendidikan : guru perlu yakin diri : kita perlu ada kepercayaan bahawa hanya kita yang boleh menyelesaikan masalah kita sendiri.

.:: Tamat : 12.30 pm ::.

No comments:

Post a Comment