Wednesday 13 February 2019

February New Rule

Fokus bulan Januari lebih kepada pengurusan masa https://muhammadazmie.blogspot.com/2019/02/jerat-masa.html. Alhamdulillah, student nampak dah terurus sikit. Mai bulan Februari ni...lain pulak cerita dia. Saya perasan student macam hilang fokus dan suka sembang2. Kita ni ibarat tunggui yang dok bercakap dengan kipas angin. Jadi benda ni tak boleh biar lama. Wajib banteras cepat-cepat. Nanti depa tak faham apa kita cakap/ajar dah potong semangat kawan2 depa yang tengah bentang or share idea. 

Solusinya....saya perkenalkan kempen FEBRUARY NEW RULE untuk semua kelas yang saya ajar (tingkatan 3 dan 5 ya). Perkenalkan secara eksplisit (terang/jelas). Hasilnya, jadilah poster macam kat bawah ni.




Sebelum mula kelas, saya ambil masa 5 minit untuk terangkan kempen ni. Tayang poster ni sekali untuk tunjuk yang benda ni super penting. Antara perkara yang saya cakap untuk jelaskan kempen ni contohnya :

  1. Bila Muallim atau rakan kelas bercakap - hanya dia sahaja yang ada hak untuk bercakap/hak orang lain adalah mendengar sahaja.
  2. Angkat tangan sekiranya nak ulas atau tanya soalan.
  3. Saya akan tunjukkan signal 5 jari untuk PERHATIAN!!!!
  4. Point negatif akan diberikan kepada student yang langgar pantang larang ni (dicatatkan dalam aplikasi Class Dojo https://www.classdojo.com/ ) - nanti boleh share dengan parents.
Saya perasan bila satu undang2 yang saya terangkan dengan bersungguh2/gigih/pulun dan betul2 laksana....student akan bagi respon yang sama..cuma bagi masa untuk depa nak adjust diri dalam undang2 baru ni (padahal isu lama...haha). Punya nak bagi student faham...sampai kena berlakon situasi bising dan silent mode ni....its ok...yang penting student faham. 

Kepada guru2 di luar sana, saya faham anda. Masalah penganggu di dalam kelas ni memang banyak kalau nak senarai. Kadang2 kita tak menang tangan nak atasi...Akhirnya stress atau kita terus abaikan saja masalah tu. Ingat ya....bila dibiarkan, sikap yang kurang baik ni akan dominasi pdpc kita. Pembelajaran yang kita harapkan pasti tak berlaku...;(

P/S : Nasihat/cadangan saya adalah.
  1. Bertindak ketika masalah itu masih kecil. Carilah solusi yang sesuai dengan student anda. 
  2. Setiap peraturan yang anda ingin terapkan di dalam kelas, mesti diterangkan dengan jelas. Amalkan dengan betul3 dan KONSISTEN.
  3. Selesaikan satu perkara pada satu2 masa.
  4. Dan sentiasa menjadi contoh yang terbaik kepada student kita...Insya Allah berdoa semoga Allah lembutkan hati depa ya...:)


No comments:

Post a Comment