Wednesday, 1 July 2020

Koleksi Buku Letops (PAK21)

Koleksi Buku Letops

Buku-buku ni adalah antara koleksi bacaan yang banyak membantu saya untuk tingkatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan profesionalisma perguruan (terutamanya PAK21)...



Buku wajib ada semestinya karya cikgu
Norhailmi Abdul Mutalib
....Pembelajaran Abad 21 (Bukan sekadar susun meja dan kerusi). Boleh dapatkan di Shopee jer...https://shopee.com.my/Buku-PAK21-Pembelajaran-Abad-ke-21-i.96657984.2315903755
atau boleh hubungi terus tuan bukunya ....baca ni...conform faham PAK21 dengan betul.


Wednesday, 8 January 2020

Catatan Naratif Baharu Amalan Pendidikan

Catatan Naratif Baharu Amalan Pendidikan oleh YBhg. Datuk Dr. Amin bin Senin (Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia : 2017 - 2019)

Berikut adalah catatan/nota saya pada sesi penerangan Naratif Baharu Amalan Pendidikan sempena sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan tahun 2019 di SPICE, Pulau Pinang.

Jika ada sebarang kekurangan, mohonlah diperbetulkan ya. Terima Kasih.



 Naratif Baharu Amalan Pendidikan

15 Mei 2019 / Rabu / 10.00 - 12.00 @ SPICE P.P
YBhg. Datuk Dr Amin bin Senin
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Mengapa Naratif (Story Board)
  • Isu utama adalah PERLAKSANAAN contohnya PBS.
  • Amalan guru di bilik darjah amat penting dan ia dipengaruhi naratif yang dipegang oleh guru dan masyarakat (orientasi peperiksaan). Ia menjadi halangan kepada perkembangan pendidikan yang baik.
  • Ia mempengaruhi cara berfikir, amalan dan tindakan ; perlu diberhentikan.
  • KPPM telah mula menghapuskan GPS sekolah untuk menyelesaikan isu ini sejak 2017 dan memulakan naratif baharu dalam pendidikan (Pendidikan berteraskan nilai).

Sunday, 17 February 2019

Pemaaf Melunakkan Hati

Waktu pertama kali didedahkan dengan tajuk baru ni (KSSM/Akhlak/Pendidikan Islam tingkatan 3 ), banyak perkara yang saya fikir :


1. Mungkin murid akan boring sebab dah tahu maklumat ni.
2. Kalau salah pendekatan....boleh jadi mendatar saja (takda kefahaman mendalam/takda keinsafan).
3. Nak buat aktiviti apa ya?



.:: Standard Pembelajaran ::.





.:: Set Induksi ::.


Saya pilih dua jenis set induksi (sebab ajar 2 kelas). Pertama dalam bentuk video dan kedua berbentuk ayat pernyataan. Video yang saya pilih berkaitan dengan tema "kemarahan" seperti dalam link ni https://www.youtube.com/watch?v=d_5DU5opOFk

Percubaan pertama ni gagal sebab murid macam tak rasa apa2. Tapi waktu perbincangan set induksi berlangsung...ada satu statement yang trigger perasaan depa. Ayat dia macam kat bawah ni ;