Friday, 3 July 2020

Persediaan PdPc "New Normal" 24 Jun dan 15 Julai ???



Sejak sekolah dibuka pada 24 Jun yang lepas dan bakal dibuka sepenuhnya pada 15 Julai nanti, buntu jugak memikirkan perancangan untuk pdpc normal baharu ni. Banyak cabaran yang perlu diambil kira antaranya kesuntukan masa, penjarakan sosial, kesediaan murid dan guru, peperiksaan awam, kesihatan mental, silibus tertangguh dan lain-lain lagi. Ringkasnya, virus COVID-19 ni memaksa segalanya untuk berubah termasuklah pendidikan dan guru itu sendiri. Sama ada bersedia atau pun tidak....timbul atau tenggelam.

Apa Saya Buat ???

Saluran telegram untuk semua
Seperti guru-guru lain, medium ni saya gunakan untuk sampaikan maklumat penting dan iklan kepada semua murid Islam tingkatan 3 dan 5....ikutkan hati nak buat secara berasingan...tapi awal-awal lagi murid merungut, sebab terlalu banyak group baru sejak PKP.


Rancang semula RPT
Duduk, bincang dan rombak RPT sedia ada supaya silibus dapat dihabiskan dengan bergaya dan bermakna. "Unpack Curriculum".... Masa ni saya gunakan pendekatan modular untuk menyelesaikan silibus yang masih tertangguh...Jika ada cadangan lain...jom sama-sama kongsikan.


Dana dan belanja 
Cari sumbangan untuk belanja murid-murid makan. Sekarang dah boleh makan dalam kelas. Jadi tempah saja dari kantin dan mereka boleh hantar pada waktu rehat. Harapnya, dapatlah ambik hati dan menambahkan mood ceria dalam kelas Pendidikan Islam. Setakat ni....berhasil...:)...hehe


Modul Khas pada 2 minggu pertama
Prepare for the worst. Sejak 24 Jun, saya hanya gunakan modul khas (fokus peperiksaan SPM) untuk aktiviti pembelajaran di dalam kelas. Itu pun dilaksanakan secara santai. Sambil bincang, sambil sembang, sambil bergelak ketawa. Sekurang-kurangnya murid saya dapat bersedia untuk peperiksaan Januari 2021 nanti. Apa yang penting, kemahiran berfikir secara kreatif kritis tetap ada sewaktu pembelajaran berlangsung....selalunya saya gunakan KAD CEROBOH MINDA...nanti saya kongsikan pada post yang lain.


Satu minggu, 2 video dan kuiz pembelajaran kendiri
Setiap minggu, semua murid "wajib" menonton 2 video pembelajaran. Semua link video dan kuiz (quizizz) akan dikongsikan menerusi saluran telegram tadi. Saya akan ambil maklum dan rekodkan status tontonan. Fokus diberikan kepada tajuk-tajuk yang agak sukar dan penuh dengan fakta. Bila berjumpa di dalam kelas, kita boleh laksanakan Q&A untuk "starter activity" atau gunakan strategi PAK21 untuk murid sampaikan semula dapatan mereka....jangan lupa 1 meter penjarakan sosial....Panduan PAK21 Normal Baharu / My Youtube Channel


Selesaikan silibus dengan strategi PAK21
Sebenarnya banyak aktiviti yang boleh dilaksanakan dengan hanya menggunakan murid, suara, marker dan kertas. Gunakan bahan sedia ada, cuma perlu ada sedikit suntikan kreativiti. Nantilah saya kongsikan yer...ada video bakal menyusul....:)..Kebanyakan idea...saya dapat dari bacaan buku-buku yang saya kongsikan pada post sebelum ini...Koleksi Buku Letops


Kuasai teknologi melalui PLC
Sewaktu bekerja dari rumah, ramai guru sudah pandai/pakar menggunakan pelbagai aplikasi atas talian untuk pembelajaran. Ini kalilah kita boleh berkongsi melalui PLC. Satu minggu satu aplikasi....Insya Allah...rakan-rakan sekerja dapat memanfaatkannya untuk memulakan atau menyambung pembelajaran atas talian dengan lebih baik, berstrategi dan tersusun.


"Utamakan murid, kemudian guru"
Apa sahaja pendekatan yang dipilih pada musim persekolahan normal baharu ni.... keperluan dan kesediaan murid wajar diutamakan. Jadi......tiada istilah cikgu syoq sendiri, murid pulak ke laut. Insya Allah....cuba seimbangkan supaya semua pihak mendapat manfaat yang sewajarnya. Paling penting....kita jaga kita

Jom kongsikan apa yang anda buat....:)


1 comment: