Wednesday 8 January 2020

Catatan Naratif Baharu Amalan Pendidikan

Catatan Naratif Baharu Amalan Pendidikan oleh YBhg. Datuk Dr. Amin bin Senin (Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia : 2017 - 2019)

Berikut adalah catatan/nota saya pada sesi penerangan Naratif Baharu Amalan Pendidikan sempena sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan tahun 2019 di SPICE, Pulau Pinang.

Jika ada sebarang kekurangan, mohonlah diperbetulkan ya. Terima Kasih.



 Naratif Baharu Amalan Pendidikan

15 Mei 2019 / Rabu / 10.00 - 12.00 @ SPICE P.P
YBhg. Datuk Dr Amin bin Senin
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Mengapa Naratif (Story Board)
  • Isu utama adalah PERLAKSANAAN contohnya PBS.
  • Amalan guru di bilik darjah amat penting dan ia dipengaruhi naratif yang dipegang oleh guru dan masyarakat (orientasi peperiksaan). Ia menjadi halangan kepada perkembangan pendidikan yang baik.
  • Ia mempengaruhi cara berfikir, amalan dan tindakan ; perlu diberhentikan.
  • KPPM telah mula menghapuskan GPS sekolah untuk menyelesaikan isu ini sejak 2017 dan memulakan naratif baharu dalam pendidikan (Pendidikan berteraskan nilai).